Monday, September 2, 2013

Cara saya atasi muka bermasalah ;)

Assalamualaikum semua. Hamboi, dekat 4 bln baru nak update entry baru. Ok la tu kan. Update jugak dari tak update langsung. Hoho. Mohon baca entry sampai habis! Entry terbaru ni kesinambungan dari entry iqa yang dulu2 tu. Pasal muka iqa yang pernah berjerawat teruk. Iqa penah update dalam entry iqa yg ni. Yang mana belum baca sila lah sila klik sini yer. Ada yang tanya, macam mana dengan skin yang latest, makin okay or teruk balik. Entry yang lepas tu time November 2012. Time tu iqa update gambar latest muka yg dah okay tapi still dengan foundation. Foundation kryolan yg memang orang tau pekat dan tebal. So no wonder la klau muka nmpak mcm okay pon kan. Sekarang ni almost 10 bulan dan masa berlalu. Iqa dah stop pon makan antibiotik tu.

Ni lah gambar dalam entry lama tu. Ni time awal2 sebelum iqa start apa2 treatment. Foundation semua tak dapat nak cover. Lepas iqa habis masa rawatan yg intensif giteww selama 4 bln, Iqa stop tak pakai apa2. Sebelum tu, doktor mmg tak bagi pakai apa2 skincare, tak bagi langsung! Lepas 4 bln tu, jumpa balik doktor, dia ckp dah boleh nak try apa2 skincare, tp make sure sesuai dgn kulit. Mula2 tu memang tak berani nak pakai apa2, guna Sabun muka Oxy n cream dia ja kalau ada jerawat sikit2 naik. Tapi time ni iqa Dah mula amalkan set skincare Shaklee. Vita C, Vita E and B Complex. Dan berterusan sampai hari ni, cuma sekarang iqa dah gantikan Vita C dgn jenama lain dr farmasi je sbb yg jenis chewable tu mcm tak jalan sgt dgn iqa. Hihi.

Vitamin E tu boleh sapu kat muka uolllsss. Satu botol ada 120caps, so iqa sapu kat muka sekali time siang. Dah macam pkai krin siang haa! Tapi buat pakai kat rumah jela, sbb Vita E tu kaler hitam macam atas ni.Satu caps tu bole pakai dalam 3kali. Selalunya sapu kat parut degil je

Ni muka latest fresh dari oven baru amik petang tadi. Kahkahkah. Tanpa makeup sepalit secalit pon dan tanpa edit. Muka masih lagi berparut, biasalah, parut kot! Memang lama la nak elok. Time ni baru lepas cuci muka, so muka tak merah, parut pon tak nampak sangat la. Tu pon ada baru naik jerawat seketul kat atas bibir. Mungkin peringatan buat diri sendiri sebab kuat bebel. Haha. Tak pa la naik sikit2 pon, tu pon dah lebih dari bersyukur sangat nak dibandingkan dengan yang sebelum tu.

Sekarang dah mula pakai skincare. Skincare pilihan hati sekarang ni yang so far so good haruslah Nour Ain. Iqa rasa dia punya night cream sgt bagus, muka kurang berminyak. Sekali lagi iqa cakap, muka still berparut dan parut memang lambat sikit nak hilang. So jangan baru pakai seminggu dua nak kulit bersih licin halus mulus. Dusta semua tu. Ni pon dah dekat setahun parut ada lagi. Tapi xpe, sabarrrr, kang Allah marah dia bg teruk balik.
Sekarang dah tak pakai kryolan. Pakai bb cream dah boleh keluar. Naked face tu memang tak berani lagi laa. Tambah2 kalau time panas, muka iqa cepat merah. Kadang2 ada jugak perasaan sedih bila tengok muka orang yang licin gilaa2 tanpa apa2 cela. Tapi bila tengok balik gambar2 lama, cepat2 istighfar. Sebab iqa patot bersyukur kulit dah baik banyak dari sebelum ni. Semua gambar tak da edit 360 ape ehh. Camera digital biasa. Sekali lagi, alhamdulillah. Byk2 kan lah bersyukur. Setiap apa yang jadi ada hikmahnya.

Cantik tu subjektif. Yang penting cantik dari dalam. Jaga solat, jaga hati, jaga akidah. Bila hati cantik, automatik semua akan jadi cantik, Insyallah. Assalamualaikum :)

1 comments:

Unknown said... [Reply]

nice blog..
singgah la blog sy..

http://annabellebeauty92.blogspot.com/2014/09/testimoni-ah-beauty.html