Tuesday, November 6, 2012

Jom rawat masalah jerawat! :)


Assalamualaikum. Alhamdulillah, mood nak berblogging ni dah kembali sikit demi sikit. Maybe sebab banyak masa terbuang tak buat apa, so, blogging ni dapat la jgk berkongsi apa yang boleh.

Permulaan Masalah
Ni gambar iqa time teruk gila. Memang iqa xedit langsung. Siap guna flash lg. Boleh nampak sendiri, dah pkai makeup pon still tak dapat cover kan? So, sape sini yang ada masalah kulit berminyak ke berjerawat ke? oke, iqa nak share sikit. Time sekolah dulu, iqa dah start ada jerawat tapi tak heavy. Just masalah remaja biasa, kadang2 je ade. Memang iqa pon tak beratkan sangat. Tapi bila masuk dunia mahasiswi ni, muka iqa macam teruk SIKIT la dari sebelum tu. Time tu pon haid tak teratur, memang effect pada kulit. Sampailah satu hari iqa try satu produk M ni, yang agak terkenal sebenarnya, yang buat muka iqa jadi WORST GILA (dalam gambar). Mula2 orang tu cakap, awal2 memang teruk dulu, lama2 baru oke. Iqa continue pakai for almost 4 month oke! 4 month! But my face is getting worst day by day. Sampai kawan tegur kenapa muka makin teruk, malu sangat. Pakai makeup pon xboleh nak cover langsung.

Jumpa Doktor
Bila balik cuti sem, mama terkejut sangat tengok muka iqa, dengan merah gila. Abah lagi la. Abah iqa memang dia caring gila bab2 muka ni. So mama suggest jumpa doktor. Iqa memang menangis2 la sebab patah hati gila. Even makeup pon dah xboleh cover. Bila jumpa doktor, dia check and dia cakap masalah bacteria dari dalam. Then dia bagi iqa antibiotik.


Yang ni namanya tetracyclin. Sejenis antibiotik yang memang untuk merawat masalah jerawat yang degil . Dia buang bacteria yg ada dalam kulit kita. TETAPI, hihihi. ada risiko jugak. Dalam 2-3minggu pertama pengambilan antibiotik ni, jerawat akan keluar dengan lagi banyak. Awal2 je. Jangan risau. Nak sembuh kan? kenalah korban sikit. ye tak? Doktor sarankan iqa ambil antiobiotik ni selama 3-4 bulan. Mula2 pikir lamanyaaaa. tapi ikhtiar je la. Makan ubat hebat macam mana sekalipun, tetap kena minta tolong dari Allah sebab Allah Maha Penyembuh. Yang penting sabar. Allah dan janjikan ganjaran untuk hambaNya yang bersabar :')

Berkesan ke?
Tetracyclin ni tak mahal pon. Boleh je cari kat mana2 farmasi. Disebabkan dia ubat terkawal, kadang2 ada farmasi yang tak nak jual nak surat doktor la apa la. Tak pon pegi klinik terus tanya pon tak pe. So far, iqa dah makan hampir 7 minggu. Mula2 macam iqa cakap tadi, memang jerawat keluar dulu, tapi alhamdulillah, dah mengering la sekarang. Ada sikit2 lagi. Sebab doktor pon sarankan ambil selama 3 bln. Mungkin kesan lambat sikit, tapi biar lambat asalkan selamat. Hihi. Doktor cakap yang paling penting antibiotik. Kalau pakai ubat sapu, semua tu sekadar merawat dari luar.


Untuk sabun, doktor sarankan sendiri gunakan sabun ni. Still boleh cari je kat mana2 farmasi. Watson pon ada rasanya. Sebelum ni iqa pakai sabun yang ada vitamin c semua tu, then doc cakap sabun2 camtu lebih sesuai untuk merawat parut. Seeloknya pakai yang basic macam ni dulu sebab lagi mesra kulit .

Ni muka yang sekarang. Gambar ni iqa still pakai foundation. Sebab parut masih bersisa. Tapi jerawat dah baik banyak dari gambar sebelum ni. Gambar ni pon iqa tak edit supaya nampak perbezaan. Iqa still makan antibiotik. Cuma sekarang ni iqa tambah vitamin C and vitamin E dlm supplement harian. Iqa akan cerita untuk next entry nanti. Untuk kegunaan luaran, iqa guna produk Himalaya. Nanti rajin iqa buat review. entry ni panjang sangat dah. kekehkeh.

Untuk yang berniat nak hilangkan parut, make sure muka dah bebas dari apa jua masalah. Maksudnya muka dah tak naik langsung jerawat atau apa2 masalah dah settle.
Note: Rawatan parut akan dilakukan hanya setelah jerawat dapat dikawal dgn sempurna.
DrH

Assalamualaikum :)

15 comments:

Lyaa Suriany said... [Reply]

Good review wak..

Anonymous said... [Reply]

Salam..nk tnye la..awk pkai krim pencerah ape??

afiQah ismaiL said... [Reply]

@Anonymous : wslm. sy xpakai pencerah dear. huhu

Anonymous said... [Reply]

Da tu awak pkai ape?

afiQah ismaiL said... [Reply]

@Anonymoustime sekolah dlu sy sunburn. the consume vitamin c je secara berterusan. dekat 5 bulan camtu baru kulit jadi mcm biasa balik. muka mmg xpkai pencerah, tp kalau tgn tu ade la jgn pkai lotion vaseline :)

Anonymous said... [Reply]

Consume vitamin c ek?? ada jual kt farmasi ke?

afiQah ismaiL said... [Reply]

@Anonymous : sy amik vitamin c and e from shaklee. tp nk nmpk kesan selalunya 1-3 bln. lmbt tp mmg bgus dear :)

Anonymous said... [Reply]

Nak tau u pegi klinik mane?

afiQah ismaiL said... [Reply]

@Anonymous : kat alor star. simpang kuala. nama klinik xsure. huhu

Unknown said... [Reply]

saya pown mcm awak .. mslah jerawat , pkai byak dah tapi x bkesan .. Hari jumaat lalu saya jumpa doktor n doktor pown suggest sya makan anti biotik ni .. memang jerawat kluar abes mgkin dri dlam ... sya harap kesan dia pown macam awak .. T_T sob sob sob

Unknown said... [Reply]

muka awaqk dah ok la skung kan?? siukkkk nya ..

Anonymous said... [Reply]

Cuba krim ini yg bkn berasaskn kimia sgt berkesan.

salam, saya ada hasilkan krim telah terbukti berkesan untuk berbagai jenis jerawat n melicinkn muka bekas jerawat n mengurang gatal resedung. disapu rasa sejuk, hilang/kurang gatal n jerawat kecut n tidak merebak. Boleh dguna sbg maskara untuk mlicinkn kulit.Untuk mencuba hubungi Hj Man 0134389413. Harga RM 12.00 satu..tk

Unknown said... [Reply]


sudi2kan lah melawat saya di http://vitamins2care.blogspot.com/

oh kiji -produk hilangkan jerawat said... [Reply]

tak tahu pula ubat dari frmasi pun ade yang betul2 berkesan..selalu denganr ubat yang femes je..

Aisyah Ghazi said... [Reply]

@Lyaa Suriany

Hello admin. Good review and great tips. I ada masalah mcm u jgk. bagus la u pakai, mmg nmpk kesannya. Anyway, free2 jemput dtg ke blog i utk info2 kekal fit dan slim.

>>>Info Fit & Slim Semula Jadi! <<<