Friday, May 25, 2012

Rezeki Allah :)

Assalamualaikum w.b.t :)
Lamanya tak update blog kan. lebih dari sebulan dah rasanya. laptop rosak before ni. sekarang dah ok baru lepas repair. So boleh la update sikit2 kan. OH! iq nak kongsi kegembiraan bersama. Alhamdulillah result iqa baru2 ni cukup membuatkan iqa tersenyum sepanjang hari. Syukur sangat2 kat Allah, tak sangka jugak. mungkin rezeki berpihak pada iqa kali ni. apa result iqa? oke tengok sendiri la eh. hewhewhew :P


tamatlah 2nd year. So, welcome third year! pleaseeee be nice to me. walaupun sedar subject semakin susah. tapi harap2 janganlah sampai terseksa hidup sangat. sekarang ni kesihatan kurang mengizinkan. nak jalan pon susah. harap2 iqa cepat sembuh and dapat teruskan aktiviti harian macam biasa.

take care, blogger! tata :)

Saturday, March 31, 2012

Hidayah dan Hijrah :')


Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ni iqa masih bernafas and dapat lagi update blog. Hari ni sebenarnya, hari yang cukup gembira untuk iqa. Syukur sangat Allah masih bagi peluang untuk iqa ubah ke arah yang lebih baik. Ikhlas dari hati, iqa sedar iqa banyak sangat dosa sebelum ni. terlalu banyak sampaikan iqa tak tahu macam mana nak hapuskan dosa-dosa lepas. Tapi hari ni iqa syukur sebab Allah masih limpahkan hidayah untuk iqa.

Iqa minta maaf kat semua kawan2 kalau sebelum ni iqa pernah terlanjur dalam percakapan. Malam tadi, syukur alhamdulillah Allah buka hati iqa untuk bertaubat. Sejak iqa lahir, iqa tahu mesti banyak dosa iqa kat mama abah, kat semua orang sekeliling iqa. tapi Allah tak putus2 bagi rezeki kat iqa, Allah kurniakan mama abah yang cukup sempurna kat mata iqa, orang2 baik kat sekeliling iqa. ya Allah, bertuahnya iqa ya Allah. kadang2 iqa melenting, iqa mula salahkan takdir bila ada dugaan yang datang. Hinanya iqa ya Allah. Sepatutnya iqa bersyukur sebab iqa antara orang-orang yang Allah sayang. Allah bagi dugaan supaya iqa tak terus hanyut dengan keseronokan dunia. terima kasih, Allah.

Bertudung bukan segalanya. Kadang-kadang ada ja yang bertudung tapi hati tak bersih. Penuh dengan hasad dengki, penuh dengan keseronokan dunia. And iqa sedar, iqa pernah ada rasa dendam dengan orang, iqa penah ada rasa benci dengan orang. Bila ada orang jahat dengan iqa, bila hati iqa rasa sakit, iqa mula marah, dendam, iqa benci sangat. tapi iqa sedar sekarang, iqa tak bahagia kalau terus ada benci dalam hati. orang yang pemaaf bersih hatinya. tapi orang yang penuh dengan kebencian, hati dia hitam. Iqa redha apa yang jadi lepas, and sekarang iqa nak berusaha jadi yang lebih baik untuk masa depan.

Iqa tawu iqa tak tutup aurat ngan sempurna sebelum ni, insyAllah iqa akan ubah semua tu. semua gambar2 iqa yang aurat iqa tak sempurna, iqa dah delete. Lepas iqa bangun dari tidur, iqa amik tudung, and iqa pakai dengan sempurna. Menitis air mata iqa. Sayu sangat hati ni. Sebelum ni pikir nak cantik je, pakai tudung lilit sana sini tapi tak pikir aurat tu tertutup dengan sempurna atau tak. bila iqa tengok dalam cermin, ya Allah, lagi cantik kalau aurat tu ditutup sempurna. Malunya iqa sebelum ni menutup aurat penuh time solat je.

kawan2 semua, kalau iqa ada yang salah, tegurla. insyaAllah, semua teguran tu iqa jadikan panduan untuk jadi yang lebih baik. Buku2 yang iqa baca sebelum ni banyak membantu iqa ke arah yang lebih baik. Doakan yang terbaik untuk iqa. Semoga Allah terima taubat iqa. Iqa harap iqa tergolong dalam orang-orang yang beriman. Terima kasih sangat Allah, masih bagi iqa peluang untuk berubah. Masih bagi iqa peluang untuk terima hidayahNya, alhamdulillah :)

"Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka: mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang malam hari berjaga di jalan Allah"


Tuesday, March 27, 2012

My New Obsession

Assalamualaikum all! ya Allah lama jugak tak update kan. rindu nya zaman rajin update blog dulu. yerla, sapa la nak baca blog buruk ni kan. tu yang malas nak update entry baru tu. update pon lom tentu orang baca. mata sekarang dah kalah panda. teruk gile eyebag. tu la, sape suruh nangis tiap2 hari :(

eyebag cam #$%^&* :(

Iqa sekarang dah ada obsession baru . apa? jeng jeng jeng, JUBAH! haha, suka suka suka. suka sangat ngan jubah. iqa baru start pakai, and alhamdulillah. iqa rasa selesa sangat pakai jubah. bukan jubah dress tu , jubah biasa, jubah hitam (ABAYA) cam orang gi umrah tu. haha ada sekali pakai time gi klaz, akak kat foodcourt UNITEN tanya baru balik umrah ke? da malu segan menjalar2 di hati, puiii!

Iqa nak beli banyak lagi pasni, tapi tu la kan, kita student je, mne la ada income sendiri. kena terguling2 depan abah buat muka kesian cam kucing dalam shrek tu haa baru dapat sehelai! ni satu koleksi iqa yang iqa ada. iqa beli on9 je. hitam kosong and ade sulam grey. banyak lagi ade yg sulam pink, purple and macam2. oke la, ukuran semua ada so iqa puas hati ngan layanan yang diberi. sape yang berminat boleh tengok kat page akak ni. Butik UKde JubahHouse :)


cantik kan? sumpah selesa sangat pakai. material dia sedap and kain jenis berat. iqa suka material jenis ni. nak tengok banyak lagi gambar boleh check kat page akak ni. harga berpatutan dengan jenis kain. iqa baru beli satu, nanti ada duit sikit insyallah nak beli lagi :)

errrr, gambar iqa sendiri pakai jubah xde. haha ramai yg suruh iqa upload tapi serius xde. xde orang nak tolong amikkan gambar. forever alone giler kannnnnn :P

oke, tu je sayang semua... daa! assalamualaikum :)

Monday, March 5, 2012

Assalamualaikum! Selamat Datang Kebahagiaan :)


Assalamualaikum. hye semua. sekarang ni iqa tengok blog iqa dah macam blog review buku. setiap kali ada buku yang baru iqa baca mesti iqa update sini. iqa macam dah tak de idea nak update ape-ape. so iqa kongsi benda2 yang bagus je la eh kat blog iqa ni :)

so buku ape kali ni?? dua buku iqa baru tambah dalam koleksi iqa. and dua2 buku ni masih keluaran Al-Hidayah. Tajuknye "Assalamualaikum, Selamat Datang Kebahagiaan" and lagi satu "Setitik air mata sejuta makna".

Sekarang iqa baru baca satu buku. And alhamdulillah, penuh dengan nasihat yang berguna. Buku yang 1st tu pasal kita manusia perlu cari kebahagiaan ikot jalan Islam. Insyallah, kalau jalan yang diambil betol, bahagia tu kekal sampai akhirat.
Buku no2 tu pasal kisah2 tangisan para nabi. Iqa tengok isi kandungan dia pon banyak tajuk yang bagus untuk dibaca. Kita boleh menangis tapi biarlah menangis yang mendatangkan manfaat.

So tak sabar nak habeskan dua2 buku ni. Korang boleh dapatkan kat pasaran. tak mahal pon. Dua2 harga berbaloi dengan isi yang ada. Selamat Membaca :)

Saturday, January 28, 2012

Wanita, Contohilah Khadijah :)

tempek gmbar untuk kepuasan hati T_T

yuuhuuu! assalamualaikum. hye hye hye. teruja gila nak update blog hari ni. haih, bila lah nak datang balik penyakit rajin update blog ni. terabai gila. sebulan sekali baru nak update. xbest betol setiap kali bukak blog sndri tengok entry2 lama. rasa macam nak upah orang je tolong updatekan blog selalu. huhu

baru2 ni iqa dah dapat result. alhamdulillah. iqa dapat 3.31. selalunya mesti iqa update blog bila dapat result. disebabkan malas nak update. sebab tu iqa buat ringkas je pasal ni. so sekarang, nak cakap pasal ape ni? haha oke. sem lepas, iqa isi masa cuti ngan baca buku ni. iqa penah kongsikan dalam entry iqa yang lepas. kali ni, mama bagi 1 buah buku lagi untuk iqa baca sepanjang masa cuti ni. buku ape? "Saiditina Khadijah. Sebuah Catatan Biografi" tapi iqa belom habes baca lagi buku ni. seriously best. banyak info, kisah hidup Rasulullah dalam buku ni. yang paling buat iqa tersentuh bila iqa baca ayat ni


"Rasulullah s.a.w. tidak pernah bernikah dengan perempuan lain sepanjang hayat Khadijah. Baginda menghormati isterinya ini dan tidak pernah mendua dalam cintanya. Begitu beerti Khadijah bagi baginda hingga tidak ada seorang pon boleh menggantikan kedudukannya"

Setianya Rasullullah pada isterinya kan? makin banyak iqa baca makin tenang iqa rasa. Keluarga Rasulullah penuh dengan kasih sayang. Dan Khadijah pulak, isteri yang cukup baik untuk Rasulullah. Masing-masing saling melengkapi antara satu sama lain. Macam ni la yg patut kita cari kan bila nak berkeluarga. Semoga ada yang terbaik untuk iqa suatu hari nanti.

oke lah, kalau korang nak baca, bole je cari kat mana2 kedai buku. kalau tak silap, RM30 je buku ni. apa salahnya kan, keluarkan sikit duit untuk buku yang berguna penuh dengan manfaat macam ni. By the way, iqa dah balik ke uniten 30 hb ni. Adoi, sedih betol. tapi lumrah hidup student la. nak belajar, kena berkorban. nanti iqa update lagi oke. bila tu tak tawu la. haha assalamualaikum :)