Thursday, December 27, 2012

Lelaki pilihan saya :')


Assalamualaikum. hihi kontroversi sikit tajuk. sebenarnya nak cakap ciri2 lelaki pilihan saya. Hoho lelaki pilihan belum muncul lagi. Mungkin tengah sibuk kumpul duit barangkali nak masuk minang saya nanti. kehkehkeh. aminnnn, cepat2 muncul ye syg. Entry kali ni bkn lah bermakna iqa ni memilih. Tapi iqa harap sangat Allah temukan iqa dengan laki yg mcm ni. aminnnn.

Taat pada agama
Macam yg mama iqa ckp, tak bermaksud org tu kena ustaz ke ataupun ulama. tapi yang tahu tanggungjawab dia pasal agama. Dia tahu waktu solat, and dia sangat menjaga solat. Ni penting ye, sbb kalau solat pon tak cukup mcm mna rumahtangga nak kukuh. Tak semestinya solat je, tapi dia tahu semua tanggungjawab dia sebagai orang Islam. Iqa suka org yg tak sombong, yg xpernah berhenti belajar utk perbaiki diri dia sendiri. 

Tidak panas baran + boleh bertolak ansur
Iqa mmg xbole jenis panas baran, cepat marah, cepat melenting. Pastu semua benda nak dia ja betul. Bkn iqa nak iqa sentiasa mng, tp boleh brtolak ansur. Ni dia minta pendapat kita, pastu kita bg pendapat dia nak balas balik. Cakap apa semua ada ja nak balas balik.Langsung tak boleh bertolak ansur. Pastu tak leh terima la apa kita ckp. Dia sorg betul dlm dunia, org lain semua salah. Tadi suruh cerita. pastu dah cerita dah kongsi pendapat nak argue. Pebenda la kan.

Lembut (sila fahamkan betul2)
Bukan lembut pondan ke awwww tu oke. Tapi camna eh nak ckp, yg bukan keras hati. Kira hati dia lembut la. Iqa ni seorang yg sgt sensitif, sgt emosional, and sgt cepat menangis. Sgt sgt sgt! So memang iqa suka org yg suka mendengar. At least kalau dah luahkan semua, kita dah rasa oke.  Contohnya, bila kita stress/sedih, dia ada untuk dengar cerita2 kita. Ni sesetengah tu, kita dah stress, dah ngs2, dia plak bg syarahan, mcm kita mnangis ni teruk sgt. Siap ckp lemah tu yg paling menyampah sgt2. Pliss la, iqa tak suka org kaitkan mngs tu dgn lemah. Bkn 24jam pon mnangis -_-

Kelakar and fun to be with
Org yg sng mngis msti la psngan dia yg kelakar ye tak?  Kalau tak pon, tolong la ye kan. Haha. Iqa selesa dengan org yg mcm ni memandangkan iqa ni emosional, iqa boleh berubah mood dgn hebat. Baru seminit lepas tgh hepi, seminit kemudian dah boleh bertukar jadi moody, sedih and mcm2 la. So, I love people who can make me laugh, when I don't even want to smile. Kita senang dgn dia, dia senang dgn kita. Bila dgn dia, kita rasa hepi, tak rasa stress. Bukanla suruh buat lawak 24 jam, tp kalau org tu dah boleh buat kita senyum tu kira dah lebih dr cukup :)

Protective
Seseorang yg sentiasa risaukan keselamatan iqa. So kalau seseorang lelaki ni dia risaukan keselamatan org yg dia syg, dia tak kan buat sesuatu yg boleh buatkan org yg dia syg tu terdedah kepada bahaya.

So, ni je antara yang penting. Kalau nak details kan banyak sangat pulak nanti. Kahkahkah. Oke, iqa bukanlah memililh. Iqa takde pon masukkan muka haruslah hensem gila babun. Takda pon kan. Memang jodoh dah pon ditentukan Allah. Tapi selagi belum bertemu, selagi tu la iqa rasa iqa still boleh berdoa. Allah akan bagi jodoh seseorg tu yg sesuai dgn diri dia. Dia xkan bg dua2 jenis api. Dia tak bg dua2 jenis air. Dia akan bagi yg sesuai supaya rumahtangga tu seimbang. Jadi iqa akan terus berdoa semoga Allah temukan jodoh yg terbaik. Amin Amin Amin :)

Lagu buat bakal suami. alolo :P 

 
Assalamualaikummmm .....
 

4 comments:

Anonymous said... [Reply]

waalaikumussalam..:-)

Anonymous said... [Reply]

assamualaikum...cek it out...maher zain guide me the all way..renungan bersama..

Anonymous said... [Reply]

and how old are you again?

Black a.k.a mr Black said... [Reply]

semoga bertemu jodoh tu.macam saye dok harap2 sampai lenni da hampir 3posen x jumpe2 gak jodoh.hehehe,mungkin belum lagi kot.