Tuesday, October 30, 2012

Eh, dah kurus??

Assalamualaikum w.b.t 
Macam dah lama tak buat entry merapu. Selalu entry sedih2 je kan. Sedih sekali sekala takpe, selalu jangan. kehkehkeh. Terharu bila tengok followers bertambah la jugak secubit walaupun tak update blog sangat. Dulu rajin gila sampai tetiap hari ada entry, sekarang dah malas sikit. Dah takde sangat cerita yang best nak dikongsi pon.

Berbalik pada tajuk entry, actually baru2 ni jumpa banyaaaaakkkkk sangat gambar lama time sekolah dulu. Dan memang gemuk luar biasa ditambah pulak dengan kulit gelap sangat sebab aktif gila time sekolah. Saja la buat DP dalam bbm. Then ihikkks. Ramai pulak tak percaya. Siap cakap iqa letak gambar orang lain. Sebab muka lain gegila. ohohoho! oke, nak masukkan gambar yang terkejut sangat tu la.

Tadaaaaa!


omeyyy tak? hikhok. Yes, both gambar kiri tu iqa. Memang diakui lain gila dari sekarang. Dulu tak pernah amik gambar sorang2. Sebab memang allergic dengan camera. Hewhewhew. Sekarang ja macam dah berani sikit la amik gambar. Ramai yang tanya, iqa buat apa sampai boleh kurus. Memang iqa ada diet. Tak makan nasi sebulan. Dan disebabkan itulah tak cukup zat ke mineral ke  ntahla. Sebab over sangat nak diet, Iqa kena denggi tahun 2010 :(

So sekarang dah nampak kan bahaya denggi tu? Ni bukan best oke, kang ada yang saja2 nak kena denggi plak sebab nak kurus. Teruk sebenarnya, dengan muntah2, sakit perut, sejuk sangat2, tak selera makan, tak larat bangun, sakit kepala lagi. Masyallah, tak dapat nak gambarkan. tapi alhamdulillah, Allah sembuhkan. Memang denggi ni 'makan' banyak lemak kot. Sebab tu jadi kurus. Nasib la iqa gemok, kalau orang yg dh memang kurus? Memang cengkung la. Time tu memang padan muka, nak diet sangat sampai makan roti biskut ja. Gila apa. tapi nak buat mcm mana nak diet sgt time tu.

Dikutuk sesuka hati
Apapon, alhamdulillah dengan diri yang sekarang. Time sekolah dulu semua perempuan, so tak de sangat mulut nak mengata. Lepas sekolah je, banyak mulut mengata. Selalunya, akan bertambah sedih bila kaum lain yg mengata. Macam iqa, sakit hati bila lelaki yg kutuk2 hina2. And lelaki sendiri iqa rasa mesti sakit hati kalau ada perempuan yg kata kt dia kan? Sampailah akhirnya terdetik hati nak diet sangat2. Kena reject jangan cakapla. Haha. Time tu memang nampak sangat, terbukti yang memang ramai manusia kat muka bumi ni yang memilih. Bila dah jumpa ja, terus lesap camtu. Kata ikhlas berkawan. Puiiii. Sakit gila hati time tu. Serius jujur iqa dulu memang pernah blind date. (oke diboldkan sikit :P) Iqa maafkan semua makhluk2 tersebut yang pernah terkurang sopan dengan Iqa. Takpelah, iqa doakan awak2 tu semua jumpalah perempuan yg PERFECT sangat2 la kan!! Hehe just kidding :P

Gambar 2012. cececeyhhhh :P


Conclusion, kalau nak diet, jangan over sangat! Jaga kesihatan tu penting. Pedulik apa orang kata, teruskan bersabar. Biasalah mulut orang kan. Belajarlah hargai orang lain. Takde orang dalam dunia ni yang sempurna :)



13 comments:

Anonymous said... [Reply]

Pp je la sme ekk..hee..

afiQah ismaiL said... [Reply]

@Anonymous: pp xberjaya dikuruskan :(

Anonymous said... [Reply]

Xpe la...Kn pemberian Allah tu..xbaek sdey2...syukran ya Allah..;-)

teyhah said... [Reply]

ehh pnut!bezanya kak fiqah!gambaq time form bqapa?

afiQah ismaiL said... [Reply]

@teyhah : amboi buat trkjut cam xpnah tgh. haha fom4 kot :D

Shazwan Azizan - wanblur said... [Reply]

waaaa... bebenar2 kururssssss...


nur faniera said... [Reply]

hiii awk diet mcm mana? brapa lamaaa? guna atkins eaa??

Syina said... [Reply]

Afiqah, sorry kalau soalan ni a bit sensitive and bongok haha. Tapi, saya just wondering macam mana awak boleh putih? Jangan salah faham, saya pun gelap gila time sekolah menengah sampai skrg. Now, saya masih usaha nak putihkan balik SELURUH kulit yg dah kena sunburn. Ye, seluruh bukan muka je huahua. :p

Emel la saya di ihananarnina@gmail.com . Kita borak2 kat emel kalau boleh, huhu. (:

Didy said... [Reply]

@afiQah ismaiL
hai fiqah.. saya pun nak tau jugak cane awak boleh putih. email kat saya jugak ek.

ad9_il4@yahoo.com

Anonymous said... [Reply]

Nak tau jgk.emel sy ek . amiza8181@yahoo.com. hehe

Anonymous said... [Reply]

macam mana awak boleh kurus dan putih?? email me nafis_nissa@yahoo.com.my

mila said... [Reply]

dear... how ur skin berubah jd putih? email me plis... miszmila88@yahoo.com.my...

Anonymous said... [Reply]

Mcm ner bole kurus smpai mcm tu??