Sunday, August 5, 2012

Syukur dengan hidayah Allah :)



Assalamualikum kawan2. Hari ni iqa merajinkan diri nak update lagi blog. Sebenarnya, entry kali ni sebagai tanda kesyukuran yang tak terhingga pada Allah. Iqa tak tau nak gambarkan macam mana bersyukur sangat iqa dengan kehidupan iqa sekarang. Terlalu bersyukur, alhamdulillah ya Allah.

Iqa terharu bila satu hari, ada sorang pakcik ni (yg iqa kenal) tegur iqa. Bukan family iqa la, just mcm org kedai gitu, dah biasa ngn dia. Dia ckp, "sejuk hati mak ayah fiqa dpt fiqa ni, tak keluar ngn laki, jaga pakaian, pakcik yg tgk ni pon rasa sejuk". Time tu nak menitis air mata pon ada, tapi cover la kan. Mesti pelik kan kenapa reaksi iqa camtu? Sebab dulu iqa tak macam ni.

Jujur iqa penah tak bertudung, and jenis pakai buang je dulu. Ikot suka hati je la. Kalau pakai tudung pon atas dada, baju lengan pendek, mmg biasa sgt la tu, astaghfirullah. Malu sangat bila pikir balik. Sampai hari ni pon iqa menangis bila pikir balik benda2 lepas. Tapi alhamdulillah, iqa antara insan terpilih yang Allah turunkan hidayah. Bukan sikit, tapi banyak sangat. betol cakap orang, sekali kita niat nak jadi baik, Allah akan bg org2 soleh sekeliling kita. Bila masuk 1 Ramadhan yg lepas, iqa menangis banyak sangat. Iqa bersyukur iqa masih lagi berpeluang sambut ramadhan tahun ni. Iqa mula berubah sungguh2 ni start tahun lepas, bulan November kalau tak silap, bila mama bagi buku "Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia". Tu satu hidayah untuk iqa sebab iqa bukan yang jnis rajin nak membaca sebelum ni. Tapi sejak iqa baca buku tu, hidup iqa berubah hari demi hari. Ramadhan kali ni pon alhamdulillah, lebih terisi dari sebelum ni. Iqa baca yasin setiap hari 2 kali, lepas sahur sebelum subuh and selepas maghrib. Kalau letih sangat je kadang2 iqa terlepas.


Dalam nak berubah ni banyak sebenarnya dugaan. Banyak sangat. Air mata ni susah nak stop mengalir. Ramai yang sakitkan hati iqa. Iqa penah jugak kena kata "kau alim sgt skrg ni pehal?". Kena kata buat2 baik pon pernah. Tapi iqa senyum je, sebab pandangan Allah lebih penting dari pandangan manusia. Hidup pon rasa lain, iqa rasa tenang sangat hidup iqa, and jujur iqa cakap, fikiran tak pernah lari dari ingat Allah. "Astaghfirullah, alhamdulillah, ya Allah, La ilahailallah" tak pernah lekang dari bibir apa keadaan sekalipun. Nak dibandingkan dgn dulu, mulut pakai lepas je. Bila marah, mula la nak keluarkan kata2 kesat. Tapi sekrang, iqa susah sangat nak marah. Sedih, marah, happy, alhamdulillah, semua ingatkan iqa pada Allah.

Hidayah Allah tu la satu nikmat tak terhingga untuk iqa dari Allah. Mama abah pon suka ngn perubahan iqa. Abah macam bertambah2 protective sgt skrg. Mama tak pernah lekang call tanya khabar. Abah pulak tak pernah biar iqa susah, dia sediakan kewangan yg cukup untuk iqa belajar kat KL ni. Syukur, alhamdulillah. Bila pikir, satu hari nanti, mama abah akan lepaskan tanggungjawab pada sorg laki untuk jaga iqa, iqa rasa sedih sgt. Takut kalau dia tak bole jaga iqa macam mana abah mama jaga iqa selama ni.

So iqa serahkan jodoh pada Allah, and pada mama abah. Kalaula ada orang masuk minang nanti, kalau mama abah iqa setuju, iqa pon setuju. Terima kasih sangat sebab bagi iqa peluang untuk iqa berubah. terima kasih, Allah :)

5 comments:

Shazwan Azizan - wanblur said... [Reply]

dear afiqah,

keep istiqamah with all your kinds,
pray, shalat, sadaqah.
Insyallah, the best lover will choosen for you. Just pray for Him.

afiQah ismaiL said... [Reply]

@Shazwan Azizan - wanblur : Insyallah :)

siti maisarah zaini said... [Reply]

keep it up girl =)
proud to know n befriend with u till nowadays..
roro

afiQah ismaiL said... [Reply]

@siti maisarah zaini thanks roro. love you :)

ejulz said... [Reply]

alhamdulillah.. semua org ada kekurangn.. tp berubah kpd yg lbh baik adalah satu klebihan.. tahniah..