Iqa tertarik dengan satu entry ni. Semua orang tak nak putus cinta kan? And belom pernah lagi iqa dengar orang cakap putus cinta tu best. Tapi iqa rasa, setiap orang mesti paling tidak rasa jugak putus cinta, kecewa walaupun sekali. Sebenarnya ada banyak sebab kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah? Bila hati sakit, hati selalu tertanya2, kenapa la Allah temukan kita dengan orang tu kalau dia memang untuk kita. actually banyak sangat sebab, tapi antaranya sebab Allah nak kita sedar kita ni hanya makhluk Allah yang sentiasa harapkan pertolongan Allah, supaya kita jadi orang yang tabah, and sedar yang Allah tu sangat pemurah dan penyayang.
tapi bila kalau hati ni dah banyak yang sakitkan, rasa macam ada ruang lagi ke nak bahagia. Iqa berdoa sangat agar Allah jaga hati ni sampai jumpa dengan jodoh yang betol2 terbaik di sisi-Nya. Iqa harap hati ni dah tak mudah jatuh hati kat seseorang yang belom tentu milik iqa.
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Iqa petik ayat atas ni dari page "I Luv Islam". Senyum ada, nak menangis pon macam ada. Allah Maha Penyayang & Pemurah. Sebelum nak cintakan seseorang, cinta Allah sepenuh hati sebab Allah sentiasa sayangkan hambanya. Kadang-kadang kita buat sesuatu yang Allah tak suka, tapi Allah tetap sentiasa ada dengan hambanya2. Harap Allah ampunkan dosa2 kita yang lalu.
Apa pon yang jadi kat dunia ni, baliklah pada Allah. Sebab Allah lah sebaik2 perancang kat dunia ni. Bila tiba masanya nanti. iqa harap Allah temukan iqa dengan seorang imam yang baik, yang cintakan iqa kerana agama dan dalam keredhaan-Nya. Kerana dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga. Insyallah :)
1 comments:
Ehemm....ehemm..ehemmm...
Post a Comment