Thursday, February 17, 2011

blogger tempat cari populariti??



assalamualaikum semua! dan salam 1 Malaysia. chewahhh. 1stly, tnx pada korang yang banyak bagi pendapat dalam entry iqa yang lepas. insyallah, iqa akan cuba selesaikan masalah tu dengan baik. berbalik pada tajuk entry iqa kali ni, ada desas-desus yang kata korang yang berblogging semua ni semata-mata nak cari populariti. iqa turut merasa tempias tu sebab iqa pon blogger jugak, walaupun tak sehebat blogger2 lain.

1st of all, iqa nak tanya pada korang yang tak de blog? korang tawu ke susah senang jadi blogger ni. bila jadi blogger, akan ada orang yang tak suka dengan kita, CONFIRM PUNYAA!seriously iqa cakap, bukan senang nak jadi blogger ni. tak semudah tu nama seseorang tu boleh naik hanya sebab blogger. jangan nak memandai je cakap blogger tempat cari populariti. kalau ade blog, tapi tak de orang folo bole popular ke? kalau ada blog tapi tak de orang baca ade ke orang nak kenal kita? kalau ade blog, tapi tak de info yang best, orang nak tengok ke? mungkin ada sesetengahnye yang memang nama diorang dikenali ramai, tapi popular si blogger selalunya sesama ahli blogger jugak.

pernah ke korang dengar blogger2 yang popular kene kejar ngan paparazi?? tak de kan. hanya blogger yang tawu kisah hidup seorang blogger. sekurang-kurangnye bole jugak kita luahkan masalah and mintak pendapat orang melalui blogger. sekali lagi iqa cakap, susah nak jadi seorang penulis blog yang bagus. bukan semudah tu nak cari populariti. kalau ye lah nak sangat jadi popular, baik kitorang join Mentor ke ape ke kan. masuk audition pon da boleh kuar tv. lagi cepat! haa! sebenarnya ada sebab lain orang buat blog. jangan la main ceroboh je cakap ayat-ayat yang kurang menyenangkan.

  • Sebagai pengganti diari. Secara umumnya la kan, awal-awal time iqa nak buat blog dulu, ni lah tujuan utama iqa. cuma blog ni diari yang bole dibaca oleh semua orang la kan. apa salahnya sekali sekala kita nak kongsi suka duka kita ngan orang lain. sedikit sebanyak bole dapat pendapat2 dari pihak yang berbeza. betol tak??
  • Kongsi isu-isu semasa. Kalau korang search kat google, ada je sesetengah blog yang bagi banyak info berguna. Iqa sendiri pon kadang-kadang tawu berita2 semasa dari rakan2 blog iqa sendiri. dapat jugak kita kongsi2 and bincang isu2 semasa kan. Tips menarik semua boleh dikongsi dalam blog. kannn?
  • Isi masa lapang sambil menjana pendapatan. Daripada kita melepak, pegi buang masa sana sini kat luar, lagi baik berblogging kat rumah. keselamatan pon terjamin. tapi, janganla sampai tak kluar rumah langsung pulak kan. sekarang ni kan, semua dah tahu pasal nuffnang and sekarang ni ade heartbeat pulak eh? tengok, bole jugak tambah duit. tak banyak pon takpe la. dah nama pon mengisi masa lapang kan.
  • Pasarkan produk. Banyak kan korang tahu pasal blogshop. Bagi yang tak ade blog, mesti korang pon pernah beli dari blogshop. Tak kisah la hijab ke baju ke, semua secara online. lagipun, pantas dan senang!

So, korang yang kurang tahu pasal dunia blogger, janganla semudah tu cakap si blogger buat blog semata-mata untuk popular. iqa yakin, tak pernah langsung terlintas di hati semua blogger nak cari populariti kat blog. think positif okeyhhh :)

18 comments:

kindergartenlibrary said... [Reply]

nasib nelly tak popular .
actuially , blogger ini untuk kongsi macam2 ..
hehe .
kalau popular , payah juga .
haha

depends .

afiQah ismaiL said... [Reply]

byk lg sbb org blog ni.
klw kne yg popular tu rezeki die la kn.
hehe :)

combi said... [Reply]

yups! totally agree ! =D

afiQah ismaiL said... [Reply]

yeayyy, ada org sokong :P

Bobo said... [Reply]

btol tu...x popular cam artis pon...klu kenal pon antara blogger2 lain aje..cam jd kwn2 aje..bkn peminat pon smpi nak ambik autograph ke...pnah ke org minx autograph ieqa cam artis2 gitu?hehe....

afiQah ismaiL said... [Reply]

btol2. mintak sign attndance dlm klaz ade larr. haha

jambancomel said... [Reply]

nice entry.
kadang2 ade setengah orang selalu menyerang blogger kerana ingin mencari publisiti murahan.Walhal beliau sendiri tidak tahu dunia blogger yang sebenarnya.selok belok dunia blogger .Ape yang mereka tahu?"mengondem" perkara yang mereka sendiri tiada ,iaitu blog..:)

afiQah ismaiL said... [Reply]

conbellydiobeterisme : tQ. u rite. jd blogger biar betol :)

Aisya Rahim said... [Reply]

suka part yg hanya blogger kenal sesama blogger tu.that's true ;)

afiQah ismaiL said... [Reply]

tnx aisya :)

ain revival said... [Reply]

suka meluahkan isi hati kat blog..x mngharapkan populariti pun..
cuma suka bila ada kawan2 bagi idea dan pendapat...
haters??xfemes, xde owg nk jeles..hehe

afiQah ismaiL said... [Reply]

hee btol2, setuju :)

afiQah ismaiL said... [Reply]

yes! lowprofile jgk . hehe :)

akufakhrul said... [Reply]

hahahaha...hani dh femes skg ni!! FZ , PD, n NIQ dh bersara dh pn..

ijam ismail said... [Reply]

hani comel..
spe stuju..
hehe
100% agree~~~
=)

afiQah ismaiL said... [Reply]

FZ : elehh, tipu je kan. tawu la dowg pemes amos. haha

afiQah ismaiL said... [Reply]

ijm : fitnah kat sini plak ye. haha tQ :P

akufakhrul said... [Reply]

hahahaha..mn ade femes.. uweekkk!!!