Monday, July 16, 2012

Kehidupan Single


Assalamualaikum and salam sejahtera. haha. setiap kali iqa berblogging mesti iqa tanamkan niat nak aktif balik tapi hangat2 tahi kambing je kan. idea nak berblogging dah tak sehebat dulu. and cerita2 yang nak dikongsi pon dah tak sehebat dulu. cuma bezanya, iqa lagi suka kehidupan iqa sekarang berbanding yang dulu. kehidupan yang sekarang jauh lebih baik dari kehidupan yang dulu.

Alhamdulilah, pejam celik pejam celik iqa dah setahun 1 bulan hidup menyendiri, senang cakap single lah. hoho. Iqa pon tak sangka secepat ni masa berlalu. iqa nak kongsi sikit sepanjang satu tahun ni macam mana iqa hadapi. ada jugak yang tanya, tak teringat ke kat orang lama, cepatnya boleh lupa. sampaikan ada yag cakap, iqa yang rosakkan hubungan. sebab tu senang ja nak boleh lupakan orang.

Sapa cakap senang, iqa ni jenis yang suka berkongsi. Ada ja benda sedih ke happy ke semua nak kongsi. awal2 tu, memang susah. iqa tak taw nak text sapa. Pernah sampai iqa dah keluarkan fon, dah taip2 semua, then bila nak send, tak taw nak send kt sapa. tak semua benda kan kita nak cerita ngan kawan. and tak semua benda jugak nak boleh cerita ngan family. Terasa mcm forever alone tu sepanjang masa la jugak. Tambah2 bila kawan kiri kanan kemain texting bf masing2, keluar lagi. Iqa plak dok rumah je smpai bosan.

Tapi Allah buat ape pon ada sebabnya. Allah cemburu sebenarnya iqa lebih luangkan masa and bagi sayang iqa pada org yg belom halal untuk iqa lebih dari Dia. Hari demi hari, iqa nampak semua hikmah disebalik apa yang berlaku. Syukur, iqa dah lebih dekat dengan Allah. and iqa rasa menyesal sangat sebab apa yang berlaku lepas. Menyesal sebab iqa keluarkan air mata iqa untuk orang yang bukan milik iqa. Alhamdulillah, Allah tak pernah palingkan hidayah dari iqa. Buku2 yang iqa baca, sama ada yang iqa beli, atau yang orang bagi, semuanya sangat membantu iqa untuk jadi muslimah yang lebih baik kat bumi Allah ni. Kalau iqa sedih iqa ingat Allah, kalau iqa happy sangat pon iqa ingat Allah. Allah dah sebati dalam hati iqa sampaikan ingatan iqa tak pernah jauh dari Allah. Iqa tawu semua dugaan untuk iqa jadi orang yang lebih kuat. Sepanjang satu tahun ni macam2 yang jadi. And iqa kena hadapi mentally sorg2.

Tak rasa nak cari pengganti ke?
bukan kawan2 ja yang tanya soalan ni. Mama iqa sendiri pon tanya. Mungkin disebabkan iqa jauh dari mama and abah, diorg rasa mcm iqa perlukan seseorang di sisi. Sebab ye la. mcm iqa ckp td. iqa jenis perlukan tempat nak berkongsi. kadang2 ada masalah, iqa diamkan dari family, so diorg macam risau iqa overstress since iqa dah pernah overstress sampai migrain teruk. but don't worry mama. I'm okay. And happier than before, alhamdulillah. Allah always be with me.

Mama : Akak tak nak cari pengganti sebab ingatkan yang lama lagi ka?
Iqa : tak da la ma. Iqa dah lupa la pasal dia. Dia tu kenangan ja.
Mama : tak kan la tak da org yg nak kat akak?
Iqa : Haha, mama ni. biaqla dulu ma. iqa malas la nak pikir
Mama : Jangan camtu kak. Akak pon cakap benda dah lepas kan. Bagi peluang sama kat org lain ubatkan hati tu.
Iqa : tak ready la mama :')

Iqa takot sebenarnya nak bukak hati ni untuk sapa2. Iqa tak nak hati ni terluka berdarah lagi. Biarlah Allah yang tentukan jodoh iqa. Bukan iqa tak nak kawan, tak nak layan tapi iqa takot. Takot kalau hati ni terbuka, then terluka lagi and lagi. Biarlah macam ni kan :(

12 comments:

Lyaa Suriany said... [Reply]

bila dah sampai masa,
akn tbkk pintu hati sndiri tu

nurul diana said... [Reply]

Allah itu maha adil , insyaAllah suatu hari nnti Allah akn berikan akk seorg lelaki yg lebih baik dr yg sblum ni . yana doakan ea :)

afiQah ismaiL said... [Reply]

@Lyaa Suriany : betol, insyallah :)

afiQah ismaiL said... [Reply]

@nurul diana : thanks yana <3

norsatira bt md zin said... [Reply]

kak fiqah bercintalah dengan Allah. cinta Allah manis dari cinta manusia. insyaAllah nanti bila sampai masa Allah akan hantar seseorang untuk jaga kak fiqah ;)

afiQah ismaiL said... [Reply]

@norsatira bt md zin : betol2. bila kita jaga hubungan dgn Allah, insyallah Allah permudahkan semua :)

Dhofwatul' Aisy said... [Reply]

same like me cik iqa. tgh mcuba tuk lupakan si dia. tp camtulah bkn nya senang mcm semua org fikir, nampak je kita cam xde pape tp dusta semata kan.. cuba nk bkwn je klu blh.. hmmm mcm org ckp, juz follow d flow. Ada jodoh ada lah kan... bdw, nice entry. bt DA makin kuat nk hdpi smua benda neh... :)

Nizam Ijam said... [Reply]

slow2... muda lagi :)

afiQah ismaiL said... [Reply]

@Dhofwatul' Aisy : DA pon cmni jgk? aah. bkn senang kan. nmpk je cam cool, xkesah. tp kdg2 trkesah jgk. hihi insyallah. apa yg jadi ada hikmah :)

afiQah ismaiL said... [Reply]

@Nizam Ijam : muda ke? yeayyy. haha

mira kamaruzaman said... [Reply]

assalamualaikum.
xpe ..nanti ada yang akan mencari ^_^ be happy ^^

Shazwan Azizan - wanblur said... [Reply]

hidup, kerja,belajar, prktikal, jodoh, rezeki, kahwin, anak, mati. semuanya ketentuan Allah. kadang-kadang, kta tak dapat yg kita nk sebab mnungkinbenda tue x ok untuk kita for long term. or atau yg lebih baik untuk kita. so, single pun okeyh pe. tapayah susah2 bila ada yg merajuk and etc.

The heart will opened as He will it.

selamat berpuasa iqa