Monday, December 12, 2011

Berdoalah untuk jodoh yang diredhai Allah :)


Assalamualaikum semua. da sebulan iqa tak update blog. so hari ni rasa terpanggil nak kongsi satu doa yang bagi iqa cukup2 menyentuh hati. dari setiap kata2 dalam doa ni cukup buat hati iqa tersentuh. mesti semua pernah tertanya, siapa la jodoh kita, kalau boleh, nak sangat tahu yang mana satu, supaya tak jumpa dah orang yang salah.

Setiap manusia tak lari dari lumrah hidup nak kan pasangan yang boleh membahagiakan. tapi sampai sekarang, iqa belom jumpa lagi pasangan atau jodoh yang sesuai, yang boleh bahagiakan bukan saja untuk di dunia, malah di akhirat. Kadang2 takot, kalau pasangan yang kita pilih tu, bukan yang diredhai Allah. jadi, sama2 lah kita berdoa, agar selalu dipertemukan dengan orang2 yang baik dan beriman.

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

"Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah kerana setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah."

"Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah."

Amin.

2 comments:

vendoline said... [Reply]

kalau jodoh tak dirdhai..mmg malang la

Elakkan kontroversi ~.~ said... [Reply]

thanks for sharing the du'a :)
may Allah bless you dan dapat si dia yg terbaik disisi anda :)
bace lah entri saye yg ni..
kalau sudi :p

http://duniamenakutkan.blogspot.com/2012/05/assalammualaikum-entri-ni-panjang-ok.html
enjoy!