Friday, June 3, 2011

hidup mesti diteruskan :)


assalamualaikum. oke jangan sedih2. iqa da tak nak buat entry sedih2 dah. dah dekat 3,4 entry semua sedih2 ja kan. oke, memangla iqa tengah sedih, tapi iqa perlukan sokongan orang sekeliling. banyak positif komen yang iqa dapat. thank you sangat. at least xda la sedih sangat kan. tapi ada jugak yang negatif, banyak yang negatif tu dari chat fb.

ada yang cakap iqa ni terlalu pikir benda yang simple. buat istigharah bagai. break je pon kan. oke sekarang ni umur iqa da 20, memangla muda lagi. tapi, iqa kalau boleh tak nak la kan break couple break couple macam zaman sekolah. tak kan umur 20 nak cinta monyet lagi. lagi satu, hubungan iqa ngan insan yang baru bergelar ex tu, sebenarnya, mama ngan abah pon da tawu. time nak keluar pon selalunya dia yang datang jemput iqa kat rumah. bila dah jadi camni, confirm la iqa sedih.

pas pikir panjang, iqa kuatkan semangat call mama. iqa cite la semua. memang sebak jugak time nak cite tu. tahan je suara, tapi mama tawu iqa menangis. mama suruh sabar, kuatkan semangat. banyak yang mama cakap, mama pesan. thanks sangat mama sebab sangat2 memahami iqa. mama risau kalau benda ni buat pelajaran iqa terganggu. jangan risau ma, iqa waras gi. iqa tetap akan study rajin2.

dalam sekelip mata, sekarang dah bergelar single. iqa cuba nak selamatkan hubungan ni, tapi kalau dah tak da jodoh, tak da ape boleh iqa buat. sebelum ni iqa memang kerap jugak la mesej ngn dia. tapi sekarang da tak boleh. habes semua game dalam FB tu iqa main. dari FARMVILLE, MY SHOPS, FASHION DESIGNER, MALL WORLD. ha ambek kau, semua aku sebot. semua la iqa main. nak bagi tak rasa sangat.

yang paling mengejutkan, abah call tanyakan pasal ni. seriously abah sangat sangat sangat sangat sangat garang. harimau pon insyallah lari kalau tengok abah. dulu time abah dapat tawu iqa dah ada bf, memang sampai abah ajak cakap berdua ja, bagi nasihat bagai. tapi abah terima jugak hubungan iqa ngn dia, maybe sebab mama jugak yang pujuk, sebab mama cakap iqa dah besar. iqa agak dah, mesti mama cite punya kat abah yang iqa da putus. bila abah tanya ja, iqa tak tawu nak cakap apa. tapi terharu sangat, hati abah sangat lembut walaupun abah memang garang. abah tak henti2 bagi iqa ketawa. abah cakap nak cari anak dato la ape la bagi kat iqa. merepek je abah ni.

iqa rasa lega, hepi sekarang. buat apa iqa nak sedih, mama abah setia bersama iqa. bagi cukup kasih sayang kat iqa dari kecik sampai besar. apa ja orang cakap, mama abah selalu ada disisi iqa. thanks ma, abah. iqa janji iqa belajar rajin2. jasa mama abah sangat2 tak terbalas.

"There are things that we don't want to happen but have to accept,
things we don't want to know but have to learn,
and people we can't live without but have to let go"


11 comments:

nurul nadia nasir said... [Reply]

be strong dye..kalau ade jdoh tak kemana..chill lah k ;)

nurul nadia nasir said... [Reply]

be strong dye..kalau ade jdoh tak kemana..chill lah k ;)

zacky ~786~ said... [Reply]

be strong be strong gurl

nur afiqah hani said... [Reply]

yes! tQ :)

Bella said... [Reply]

semua ini ada hikmahnya..sabar je ye.
bykkn berdoa jgn sesekali berdendam.

Bella said... [Reply]

....;.

nur afiqah hani said... [Reply]

oke bella! xde lah nk brdendam :)

kaizen said... [Reply]

tiada apa yg diharapkan dr org tua bai anaknya selain kebahagiaan & kejayaan....

si ngokngek said... [Reply]

be strong sis..maybe ada lelaki yang lain yg lebih elok dari si dia..semua orang ada jodoh..don't cry okey :)

ainol akasyah said... [Reply]

kumbang byk lagi kat luar tu

JOM BACA DRAMA NORA ELENA VERSI NOVEL..RUGI KALAU TERLEPAS BACA

hafizol kadir said... [Reply]

awk...awk nsb baik couple x lama...sy ni couple 5thun sjk sek agi..bila msk u si dia buat hal...awak ptt bsyukur k...