Tuesday, May 3, 2011

kelebihan bedak sejuk untuk si gadis! :)


assalamualaikum semua. sihat tak? hari ni iqa nak kongsi pulak kelebihan bedak sejuk yang iqa pasti semua orang mesti tahu kan bedak sejuk tu ape. ye laa, kan orang2 dulu suka tempek bedak sejuk sampai putih satu muka cam pocong tu. sebenarnye, banyak taw kelebihan bedak sejuk ni. kalau tak, tak de la orang pakai tempek2 kat muka tu kan.

iqa sendiri memang selalu amalkan bedak sejuk. sebab tok iqa memang buat bedak sejuk. berbalang2 la bedak sejuk kat rumah tok. so, memang stok bedak sejuk tak pernah abes la. bagus sebenarnya amalkan pemakaian bedak sejuk ni. selalunya orang pakai time malam2 la kan. tapi iqa pakai je siang2 buta pon. kesah ape kan. haha

kelebihan bedak sejuk :
  • Dapat menyejukkan kulit muka
    Dah nama pon bedak sejuk kan, so memang sejuk la. hee

  • Dapat kurangkan minyak pada muka
    Bedak sejuk ni sebenarnya dapat serap minyak2 yang berlebihan kat muka. Secara tak langsung, boleh la kurangkan jerawat. Tak banyak pon sikit la kann.

  • Melicinkan kulit muka
    Bedak sejuk dibuat daripada beras yang direndam bertahun2 sebenarnya. Ni bedak sejuk asli la. Tok iqa cakap dia buat camtu la. Mesti ramai yang tahu kan air basuhan beras baik untuk kulit, so sama lah dengan bedak sejuk juga yang sama baiknya dengan air basuhan beras tu .

  • Muka akan rasa segar dan tegang
    Bila pakai je bedak sejuk , korang mesti rasa fresh gila muka tu. betul, tak tipu :P

  • Boleh tanggalkan sel kulit mati
    Yang ni iqa tak pasti, tapi iqa ade jumpa dalam internet pasal ni. Lepas kita basuh je muka, insyallah sel-sel kulit mati akan tertanggal.

Bagus kan penggunaan bedak sejuk ni? bukan susah pon, letak air and tempek je kat muka. Murah and senang didapati di pasaran. chewahhhh. muka pon confirm putih lepas pakai. haha :P


19 comments:

Adibah Ishak said... [Reply]

serius ini semua kebaikan bedak sejuk? sebab diba tak penah pakai pun..huhu.. patut lah muka dia gebu jee..hehe...

orait nanti try lah..thanks :)

rara pinkmafia said... [Reply]

aah.boleh keringkan jerawat jugak.pakai g p.malam pon boleh.bg org pengsan =)

nur afiqah hani said... [Reply]

diba : a'ah, serius. cubala :)

ANIS DIYANA said... [Reply]

betul2...
tp saya xda tmpt nk bli...
sy xtw..
hehehe

beena said... [Reply]

beena baru nak try pkai bduk sjuk ni..harap2 la jd cntk mcm afiqah t=)

riena said... [Reply]

dah 2 hari try guna bedak sejuk.. mmg ajaib lah.. bangun pagi muka tak berminyak langsung.. & jerawat terus kering!

myra yusreena said... [Reply]

cuti ney mmg tiap2 mlm pakai bedak sjuk..n adela pngkatan nye..xbyk,cket..hehe

Nana Belladonna said... [Reply]

nana pkai bedak sejuk jugak..bedak sejuk boleh hilangkan jerawat jugak tau :)

http://nanabelladonna.blogspot.com

tamanraudhah said... [Reply]

Beri Laluan
Nilai 1g Morhabshi sama dengan 1g EMAS. Benarkah?

ixo-ka said... [Reply]

hmm... dah cuba pakai tapi kalau nak hilangkan jerawat ambil masa sikit.

L.O.B (bukan lobi ok!) said... [Reply]

wah try gak lah :p

Nadia Farhana said... [Reply]

dengan sepantas kilat saya pergi pakai bedak sejuk...:)

Missoyaa said... [Reply]

Lepas kena sunburn oky tak kalo pakai bedak sejuk?

afiQah ismaiL said... [Reply]

@Missoyaa : boleh. sebab bedak sejuk dapat sejukkan muka. tapi kesan dia tak la sepantas produk kt pasaran sekarang sbb bedak sejuk ni tradisonal. semata2 dari beras :)

ira zakaria said... [Reply]

u nk tnye u pkai bedak sejuk ni ade pkai pencuci muka lain tak?

afiQah ismaiL said... [Reply]

@ira zakaria : ade.pncuci muka tak kesah. pkai yg mne pon boleh ikot kesesuaian muka :)

StarPrincess said... [Reply]

as salam.., sy pun pengguna tegar bedak sejuk...benda yg tradisional mmg sy minat...hehe...sekarang tgh guna rumpai laut. minum & buat masker...moga ia dpt mmberi kesihatan dlmn pula pd sy.. ^_^

Jom : Serbu BOOK FAIR @ PWTC!!!

Anonymous said... [Reply]

Kalau untuk hilangkan jerawat okay tak pakai bedak sejuk?

kedaivitaminfatimah said... [Reply]

Perkongsian yang best sangat.. Terima kasih admin.. :)