Sunday, July 24, 2011

menangis tengok 200 pounds beauty :(


assalamualaikum semua. semoga anak2 semua berada dalam keadaan sihat hendaknya ye. haha. hari ni mood baik walaupun baru sejam yang lepas bergadoh ngan orang -.-'
actually, dengan sedihnya iqa nak mengaku yang iqa baru nak tengok cite 200 pounds beauty ni. haha kesian kan. padalan cite ni taon bila punya entah. tapi nak buat camna, dah baru nak tengok. err, sumpah iqa menangis tengok cerita ni. sebab, benda ni macam berlaku sendiri kat iqa. ending cerita ni macam sedih sangat.

iqa time sekolah dulu, fom 4,fom 5 memang gemok. iqa ni dah la sensitif, mudah terasa, so orang nak melawak pon kadang2 bila masuk isu badan ja mesti iqa terasa gila nak mampus. sampaikan pernah sekali, iqa macam jadi tester la, nak suruh buat apa ntah. so nak tengok la orang badan besar muat ke tak. malu kot iqa time tu, memang bibir terukir senyuman, tapi hati? siapalah yang tahu kan.

so, bila umur iqa dah meningkat 19 kot, iqa macam tak tahan sangat. nak dapat pasangan hidup pon susah. bukan senang naj jumpa lelaki yang ikhlas. cakap ja boleh terima seadanya, tapi hampeh. so ada sekali tu, iqa tak makan nasi sebulan. hanyalah 2 keping roti sehari. pagi dan malam. gile! lapar kot. tapi azam kuat kan. tahan jugak. makanan semua tak beli, kalau lapar sangat pon makan biskut je sekeping dua. lepas dah sebulan tu, iqa kembali makan cam biasa, tapi iqa dah kurangkan la. makan sikit2 ja.

time fom 4 (jumpa dalam album kawan) suruh dia delete dia tak nak :(


sekarang iqa still jaga pemakanan. and masih tak berpuas hati. esok, masuklah minggu ke empat iqa berpuasa. awal iqa start puasa taon ni. haha! iqa buat puasa sunat, secara tak langsung boleh pelihara diri dari dosa2 kecil kan. even letih jalan kaki gi kelas, iqa tetap tak makan. kira time berbuka je la. tu pun, sikit laa.

dulu tima sekolah, iqa muat L n XL mostly. sekarang dah boleh pakai M :)
bangga tak? hahahahahaha. minggu lepas gi jumpa kawan2 lama, cikgu2 semua, dorang tegur dah lain, dah kurus. sampai ada yang tak kenal (ntah2 buat2 tak kenal je -.-') even tak da la kurus slim river kan, tapi alhamdulillah la. oke la macam sekarang ni pon iqa da bersyukur banyak.

p/s : minum air banyak2 bole kurangkan berat badan (sedang mencuba) haha

15 comments:

Cik Jannah said... [Reply]

macam mana leh jadik nih> hehe

AesyaZealous said... [Reply]

waaaaa dasatnyeeeee xmakan nasiii..huhuhu

mmg u chubby la dulu.....
xpe2, skrg dh sweet dah :)

hafrizzul hafiz said... [Reply]

hurm... bagus amalan tu...
tak de guna ubat diet.. yang kadang2 boleh membahayakkan..
jadi ...
teruskan usaha okay ^_^

nuruashia ♥ said... [Reply]

wow..lain gile ngn f4 tu yunk..pe rhsie???

nur afiqah hani said... [Reply]

jangan makan!!! hahahaha :P

azwa amani said... [Reply]

huhuhu..cter tu best sangat... hehehe, tapi cute lah kalau cubby

Sarah Mohd Saleh said... [Reply]

im proud of u babe ;).boleh buat parti sayur cam kanak2 tadika i buat.heeee

. said... [Reply]

gemoknya hang dulu..hhehehe.
sekarang dan cun..heheh

muhamadsufian89 said... [Reply]

boleh jadi jurucakap utk bagi semangat kat orang2 yg berusaha nak kurus ni. hehe

nur afiqah hani said... [Reply]

gemok2 jgn sebut taw :(

Apple Zara said... [Reply]

Wahh, bagus bagus. Dulu comel sekarang bertambah tambah comel :D

Nizam Ijam said... [Reply]

wah....beza erk..hehe tahniah2...saya dr dulu nak diet xdapat2...hehe


” Nizam Ijam Dot Com”

Popoi said... [Reply]

truskn usaha agi2 time pose nie,, ^_^

Enna Banana said... [Reply]

awak!!! camne boleh kurus ni? huaaaa cam x caye.uhu

missxidi said... [Reply]

wah bestnyer dapat kuruskan badan =) bila la turn xidi pulakkkk??? bg la advice <3