Saturday, March 31, 2012

Hidayah dan Hijrah :')


Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ni iqa masih bernafas and dapat lagi update blog. Hari ni sebenarnya, hari yang cukup gembira untuk iqa. Syukur sangat Allah masih bagi peluang untuk iqa ubah ke arah yang lebih baik. Ikhlas dari hati, iqa sedar iqa banyak sangat dosa sebelum ni. terlalu banyak sampaikan iqa tak tahu macam mana nak hapuskan dosa-dosa lepas. Tapi hari ni iqa syukur sebab Allah masih limpahkan hidayah untuk iqa.

Iqa minta maaf kat semua kawan2 kalau sebelum ni iqa pernah terlanjur dalam percakapan. Malam tadi, syukur alhamdulillah Allah buka hati iqa untuk bertaubat. Sejak iqa lahir, iqa tahu mesti banyak dosa iqa kat mama abah, kat semua orang sekeliling iqa. tapi Allah tak putus2 bagi rezeki kat iqa, Allah kurniakan mama abah yang cukup sempurna kat mata iqa, orang2 baik kat sekeliling iqa. ya Allah, bertuahnya iqa ya Allah. kadang2 iqa melenting, iqa mula salahkan takdir bila ada dugaan yang datang. Hinanya iqa ya Allah. Sepatutnya iqa bersyukur sebab iqa antara orang-orang yang Allah sayang. Allah bagi dugaan supaya iqa tak terus hanyut dengan keseronokan dunia. terima kasih, Allah.

Bertudung bukan segalanya. Kadang-kadang ada ja yang bertudung tapi hati tak bersih. Penuh dengan hasad dengki, penuh dengan keseronokan dunia. And iqa sedar, iqa pernah ada rasa dendam dengan orang, iqa penah ada rasa benci dengan orang. Bila ada orang jahat dengan iqa, bila hati iqa rasa sakit, iqa mula marah, dendam, iqa benci sangat. tapi iqa sedar sekarang, iqa tak bahagia kalau terus ada benci dalam hati. orang yang pemaaf bersih hatinya. tapi orang yang penuh dengan kebencian, hati dia hitam. Iqa redha apa yang jadi lepas, and sekarang iqa nak berusaha jadi yang lebih baik untuk masa depan.

Iqa tawu iqa tak tutup aurat ngan sempurna sebelum ni, insyAllah iqa akan ubah semua tu. semua gambar2 iqa yang aurat iqa tak sempurna, iqa dah delete. Lepas iqa bangun dari tidur, iqa amik tudung, and iqa pakai dengan sempurna. Menitis air mata iqa. Sayu sangat hati ni. Sebelum ni pikir nak cantik je, pakai tudung lilit sana sini tapi tak pikir aurat tu tertutup dengan sempurna atau tak. bila iqa tengok dalam cermin, ya Allah, lagi cantik kalau aurat tu ditutup sempurna. Malunya iqa sebelum ni menutup aurat penuh time solat je.

kawan2 semua, kalau iqa ada yang salah, tegurla. insyaAllah, semua teguran tu iqa jadikan panduan untuk jadi yang lebih baik. Buku2 yang iqa baca sebelum ni banyak membantu iqa ke arah yang lebih baik. Doakan yang terbaik untuk iqa. Semoga Allah terima taubat iqa. Iqa harap iqa tergolong dalam orang-orang yang beriman. Terima kasih sangat Allah, masih bagi iqa peluang untuk berubah. Masih bagi iqa peluang untuk terima hidayahNya, alhamdulillah :)

"Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka: mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang malam hari berjaga di jalan Allah"


3 comments:

SyamimiNazifa said... [Reply]

suka en3 ni :)

Shazwan Azizan - wanblur said... [Reply]

Doa saya untuk kamu agar sentiasa mencari cahayaNya. Banyak cabaran, tapi dugaan itu bukannya tanpa balasan. Set your mind, for jannah. Jauh perjalanan, tp kekal disana sampai bila-bila.

KAdang-kala, kehidupan kita terlalu banyak anasir- anasir yang menghasut, atau melemahkan perjalanan hidup kita.biarkan.

your life, your destiny

sincerely,
blogger frenx

Outbound di malang said... [Reply]

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !