Monday, September 2, 2013

Cara saya atasi muka bermasalah ;)

Assalamualaikum semua. Hamboi, dekat 4 bln baru nak update entry baru. Ok la tu kan. Update jugak dari tak update langsung. Hoho. Mohon baca entry sampai habis! Entry terbaru ni kesinambungan dari entry iqa yang dulu2 tu. Pasal muka iqa yang pernah berjerawat teruk. Iqa penah update dalam entry iqa yg ni. Yang mana belum baca sila lah sila klik sini yer. Ada yang tanya, macam mana dengan skin yang latest, makin okay or teruk balik. Entry yang lepas tu time November 2012. Time tu iqa update gambar latest muka yg dah okay tapi still dengan foundation. Foundation kryolan yg memang orang tau pekat dan tebal. So no wonder la klau muka nmpak mcm okay pon kan. Sekarang ni almost 10 bulan dan masa berlalu. Iqa dah stop pon makan antibiotik tu.

Ni lah gambar dalam entry lama tu. Ni time awal2 sebelum iqa start apa2 treatment. Foundation semua tak dapat nak cover. Lepas iqa habis masa rawatan yg intensif giteww selama 4 bln, Iqa stop tak pakai apa2. Sebelum tu, doktor mmg tak bagi pakai apa2 skincare, tak bagi langsung! Lepas 4 bln tu, jumpa balik doktor, dia ckp dah boleh nak try apa2 skincare, tp make sure sesuai dgn kulit. Mula2 tu memang tak berani nak pakai apa2, guna Sabun muka Oxy n cream dia ja kalau ada jerawat sikit2 naik. Tapi time ni iqa Dah mula amalkan set skincare Shaklee. Vita C, Vita E and B Complex. Dan berterusan sampai hari ni, cuma sekarang iqa dah gantikan Vita C dgn jenama lain dr farmasi je sbb yg jenis chewable tu mcm tak jalan sgt dgn iqa. Hihi.

Vitamin E tu boleh sapu kat muka uolllsss. Satu botol ada 120caps, so iqa sapu kat muka sekali time siang. Dah macam pkai krin siang haa! Tapi buat pakai kat rumah jela, sbb Vita E tu kaler hitam macam atas ni.Satu caps tu bole pakai dalam 3kali. Selalunya sapu kat parut degil je

Ni muka latest fresh dari oven baru amik petang tadi. Kahkahkah. Tanpa makeup sepalit secalit pon dan tanpa edit. Muka masih lagi berparut, biasalah, parut kot! Memang lama la nak elok. Time ni baru lepas cuci muka, so muka tak merah, parut pon tak nampak sangat la. Tu pon ada baru naik jerawat seketul kat atas bibir. Mungkin peringatan buat diri sendiri sebab kuat bebel. Haha. Tak pa la naik sikit2 pon, tu pon dah lebih dari bersyukur sangat nak dibandingkan dengan yang sebelum tu.

Sekarang dah mula pakai skincare. Skincare pilihan hati sekarang ni yang so far so good haruslah Nour Ain. Iqa rasa dia punya night cream sgt bagus, muka kurang berminyak. Sekali lagi iqa cakap, muka still berparut dan parut memang lambat sikit nak hilang. So jangan baru pakai seminggu dua nak kulit bersih licin halus mulus. Dusta semua tu. Ni pon dah dekat setahun parut ada lagi. Tapi xpe, sabarrrr, kang Allah marah dia bg teruk balik.
Sekarang dah tak pakai kryolan. Pakai bb cream dah boleh keluar. Naked face tu memang tak berani lagi laa. Tambah2 kalau time panas, muka iqa cepat merah. Kadang2 ada jugak perasaan sedih bila tengok muka orang yang licin gilaa2 tanpa apa2 cela. Tapi bila tengok balik gambar2 lama, cepat2 istighfar. Sebab iqa patot bersyukur kulit dah baik banyak dari sebelum ni. Semua gambar tak da edit 360 ape ehh. Camera digital biasa. Sekali lagi, alhamdulillah. Byk2 kan lah bersyukur. Setiap apa yang jadi ada hikmahnya.

Cantik tu subjektif. Yang penting cantik dari dalam. Jaga solat, jaga hati, jaga akidah. Bila hati cantik, automatik semua akan jadi cantik, Insyallah. Assalamualaikum :)

Sunday, April 28, 2013

Just because I come off strong, doesn’t mean there’s nothing wrong :')


Assalamualaikum sahabat. Lamanya tak update blog. Sejak start practical sampai lah sekarang dah habis pon practical. 3 bulan berakhir tanpa disedari. Sangat mengharukan bila dapat email dari kawan2 blog minta update blog. Bukan xmau update, cuma masa tak mengizinkan. InsyaAllah, lepas ni akan update dengan lebih rakus. Hahahaha

Tak pasti dengan keadaan diri sendiri sekarang. Nak kata happy, happy ka? Nak kata bahagia, bahagia ka? Antara senyum dengan menangis, nampaknya macam menangis yg menang kot. Kadang2 tertanya2, dalam banyak umat manusia dalam dunia ni, kenapa aku yang terpilih untuk hadapi semua ni. Sampai kadang2, rasa diri dah tak cukup kuat nak hadapi semua. Syukur dilahirkan sebagai seorang Muslim. Sekurang-kurangnya aku ada tempat mengadu. Mengadu pada Dia. Sebab aku tau Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Aku tak pasti ya Allah, apa hikmah disebalik semua ni. Tipu kalau mata ni tak menangis, bohong kalau aku cakap aku tak sedih. Kalau boleh putar balik masa, mesti aku akan perbetulkan balik semua ni. Ya Allah, banyaknya aku menangis kat mama abah. Sampai aku rasa aku dah cukup banyak menyusahkan mereka. Panjangkanlah umur mereka ya Allah, sebab tak mungkin aku dapat hidup tanpa mereka.

Buat dia yang datang atas kehendakMu, jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah, satukan hati kami. Bantulah aku untuk mengerti dan menerima dia seadanya. Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya. Urapilah dia agar dia juga mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan. Ya Allah Maha Pengasih, Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu. Aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku. Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.

Ya Allah, curahkanlah kesabaran kepadaku dan teguhkanlah pendirianku. Janganlah kau palingkan hati ku dan berilah aku hidayahMu kerana Engkau Yang Maha Pemberi. Kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpesongnya iman, dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat. Aku mohonkan padaMu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan denganMu dan redha atas keputusanMu serta merasa cukup puas dengan pemberianMu selama ini. Bantu aku ya Allah :')


"I'm going to smile like nothings wrong, 
talk like everythings perfect, 
act like it's all a dream, 
and pretend it's not hurting me"


Thursday, December 27, 2012

Lelaki pilihan saya :')


Assalamualaikum. hihi kontroversi sikit tajuk. sebenarnya nak cakap ciri2 lelaki pilihan saya. Hoho lelaki pilihan belum muncul lagi. Mungkin tengah sibuk kumpul duit barangkali nak masuk minang saya nanti. kehkehkeh. aminnnn, cepat2 muncul ye syg. Entry kali ni bkn lah bermakna iqa ni memilih. Tapi iqa harap sangat Allah temukan iqa dengan laki yg mcm ni. aminnnn.

Taat pada agama
Macam yg mama iqa ckp, tak bermaksud org tu kena ustaz ke ataupun ulama. tapi yang tahu tanggungjawab dia pasal agama. Dia tahu waktu solat, and dia sangat menjaga solat. Ni penting ye, sbb kalau solat pon tak cukup mcm mna rumahtangga nak kukuh. Tak semestinya solat je, tapi dia tahu semua tanggungjawab dia sebagai orang Islam. Iqa suka org yg tak sombong, yg xpernah berhenti belajar utk perbaiki diri dia sendiri. 

Tidak panas baran + boleh bertolak ansur
Iqa mmg xbole jenis panas baran, cepat marah, cepat melenting. Pastu semua benda nak dia ja betul. Bkn iqa nak iqa sentiasa mng, tp boleh brtolak ansur. Ni dia minta pendapat kita, pastu kita bg pendapat dia nak balas balik. Cakap apa semua ada ja nak balas balik.Langsung tak boleh bertolak ansur. Pastu tak leh terima la apa kita ckp. Dia sorg betul dlm dunia, org lain semua salah. Tadi suruh cerita. pastu dah cerita dah kongsi pendapat nak argue. Pebenda la kan.

Lembut (sila fahamkan betul2)
Bukan lembut pondan ke awwww tu oke. Tapi camna eh nak ckp, yg bukan keras hati. Kira hati dia lembut la. Iqa ni seorang yg sgt sensitif, sgt emosional, and sgt cepat menangis. Sgt sgt sgt! So memang iqa suka org yg suka mendengar. At least kalau dah luahkan semua, kita dah rasa oke.  Contohnya, bila kita stress/sedih, dia ada untuk dengar cerita2 kita. Ni sesetengah tu, kita dah stress, dah ngs2, dia plak bg syarahan, mcm kita mnangis ni teruk sgt. Siap ckp lemah tu yg paling menyampah sgt2. Pliss la, iqa tak suka org kaitkan mngs tu dgn lemah. Bkn 24jam pon mnangis -_-

Kelakar and fun to be with
Org yg sng mngis msti la psngan dia yg kelakar ye tak?  Kalau tak pon, tolong la ye kan. Haha. Iqa selesa dengan org yg mcm ni memandangkan iqa ni emosional, iqa boleh berubah mood dgn hebat. Baru seminit lepas tgh hepi, seminit kemudian dah boleh bertukar jadi moody, sedih and mcm2 la. So, I love people who can make me laugh, when I don't even want to smile. Kita senang dgn dia, dia senang dgn kita. Bila dgn dia, kita rasa hepi, tak rasa stress. Bukanla suruh buat lawak 24 jam, tp kalau org tu dah boleh buat kita senyum tu kira dah lebih dr cukup :)

Protective
Seseorang yg sentiasa risaukan keselamatan iqa. So kalau seseorang lelaki ni dia risaukan keselamatan org yg dia syg, dia tak kan buat sesuatu yg boleh buatkan org yg dia syg tu terdedah kepada bahaya.

So, ni je antara yang penting. Kalau nak details kan banyak sangat pulak nanti. Kahkahkah. Oke, iqa bukanlah memililh. Iqa takde pon masukkan muka haruslah hensem gila babun. Takda pon kan. Memang jodoh dah pon ditentukan Allah. Tapi selagi belum bertemu, selagi tu la iqa rasa iqa still boleh berdoa. Allah akan bagi jodoh seseorg tu yg sesuai dgn diri dia. Dia xkan bg dua2 jenis api. Dia tak bg dua2 jenis air. Dia akan bagi yg sesuai supaya rumahtangga tu seimbang. Jadi iqa akan terus berdoa semoga Allah temukan jodoh yg terbaik. Amin Amin Amin :)

Lagu buat bakal suami. alolo :P 

 
Assalamualaikummmm .....
 

Sunday, November 11, 2012

Heliza Inspired Shawl


Assalamualaikum. Hye semua. Hari ni iqa nak review shawl ala heliza. Shawl ni sangatlah sangat sangat sangat sesuai bagi muslimah yang amat mementingkan aurat. Iqa jatuh cinta setiap kali pakai shawl ni and this is one of my favourite shawl. Ada beberapa kaum hawa yang inbox iqa kat FB and tanyakan mana nak beli shawl ni. Alhamdulillah, masih ada yang berminat dengan shawl labuh dan menutup aurat camni. So, iqa perkenalkan Heliza Inspired Shawl frommmm






Nourish ni masih baru lagi. Owner dia sangat friendly. Iqa ni selalunya cerewet sikit, tapi sebab owner dia baik, melayan je ape yang iqa tanya, trus terjatuh hati sekali dengan owner dia. (eh??) haha. Banyak lagi shawl yang dijual dan semuanya menutup aurat. Besar dan labuh. Pilihan jantung hati iqa. Achewahhhh. 


Ni antara gambar iqa menggayakan shawl heliza





Shawl heliza antara shawl yang sangat laku. Dah 8 kali restock oke. 8 kali! tu pon nak habis jugak. And iqa nak gilaaaaaa kaler pink tapi dah sold out. sobsobsss :( Nanti kena order laju2 takot tak sempat lagi. So sape yang berminat boleh la terus ke N O U R I S H untuk dapatkan shawl yang cantik, sopan, dan menarik. Yang penting, dapat menutup aurat dengan baik.

Selamat membeli, Assalamualaikum :)


Tuesday, November 6, 2012

Jom rawat masalah jerawat! :)


Assalamualaikum. Alhamdulillah, mood nak berblogging ni dah kembali sikit demi sikit. Maybe sebab banyak masa terbuang tak buat apa, so, blogging ni dapat la jgk berkongsi apa yang boleh.

Permulaan Masalah
Ni gambar iqa time teruk gila. Memang iqa xedit langsung. Siap guna flash lg. Boleh nampak sendiri, dah pkai makeup pon still tak dapat cover kan? So, sape sini yang ada masalah kulit berminyak ke berjerawat ke? oke, iqa nak share sikit. Time sekolah dulu, iqa dah start ada jerawat tapi tak heavy. Just masalah remaja biasa, kadang2 je ade. Memang iqa pon tak beratkan sangat. Tapi bila masuk dunia mahasiswi ni, muka iqa macam teruk SIKIT la dari sebelum tu. Time tu pon haid tak teratur, memang effect pada kulit. Sampailah satu hari iqa try satu produk M ni, yang agak terkenal sebenarnya, yang buat muka iqa jadi WORST GILA (dalam gambar). Mula2 orang tu cakap, awal2 memang teruk dulu, lama2 baru oke. Iqa continue pakai for almost 4 month oke! 4 month! But my face is getting worst day by day. Sampai kawan tegur kenapa muka makin teruk, malu sangat. Pakai makeup pon xboleh nak cover langsung.

Jumpa Doktor
Bila balik cuti sem, mama terkejut sangat tengok muka iqa, dengan merah gila. Abah lagi la. Abah iqa memang dia caring gila bab2 muka ni. So mama suggest jumpa doktor. Iqa memang menangis2 la sebab patah hati gila. Even makeup pon dah xboleh cover. Bila jumpa doktor, dia check and dia cakap masalah bacteria dari dalam. Then dia bagi iqa antibiotik.


Yang ni namanya tetracyclin. Sejenis antibiotik yang memang untuk merawat masalah jerawat yang degil . Dia buang bacteria yg ada dalam kulit kita. TETAPI, hihihi. ada risiko jugak. Dalam 2-3minggu pertama pengambilan antibiotik ni, jerawat akan keluar dengan lagi banyak. Awal2 je. Jangan risau. Nak sembuh kan? kenalah korban sikit. ye tak? Doktor sarankan iqa ambil antiobiotik ni selama 3-4 bulan. Mula2 pikir lamanyaaaa. tapi ikhtiar je la. Makan ubat hebat macam mana sekalipun, tetap kena minta tolong dari Allah sebab Allah Maha Penyembuh. Yang penting sabar. Allah dan janjikan ganjaran untuk hambaNya yang bersabar :')

Berkesan ke?
Tetracyclin ni tak mahal pon. Boleh je cari kat mana2 farmasi. Disebabkan dia ubat terkawal, kadang2 ada farmasi yang tak nak jual nak surat doktor la apa la. Tak pon pegi klinik terus tanya pon tak pe. So far, iqa dah makan hampir 7 minggu. Mula2 macam iqa cakap tadi, memang jerawat keluar dulu, tapi alhamdulillah, dah mengering la sekarang. Ada sikit2 lagi. Sebab doktor pon sarankan ambil selama 3 bln. Mungkin kesan lambat sikit, tapi biar lambat asalkan selamat. Hihi. Doktor cakap yang paling penting antibiotik. Kalau pakai ubat sapu, semua tu sekadar merawat dari luar.


Untuk sabun, doktor sarankan sendiri gunakan sabun ni. Still boleh cari je kat mana2 farmasi. Watson pon ada rasanya. Sebelum ni iqa pakai sabun yang ada vitamin c semua tu, then doc cakap sabun2 camtu lebih sesuai untuk merawat parut. Seeloknya pakai yang basic macam ni dulu sebab lagi mesra kulit .

Ni muka yang sekarang. Gambar ni iqa still pakai foundation. Sebab parut masih bersisa. Tapi jerawat dah baik banyak dari gambar sebelum ni. Gambar ni pon iqa tak edit supaya nampak perbezaan. Iqa still makan antibiotik. Cuma sekarang ni iqa tambah vitamin C and vitamin E dlm supplement harian. Iqa akan cerita untuk next entry nanti. Untuk kegunaan luaran, iqa guna produk Himalaya. Nanti rajin iqa buat review. entry ni panjang sangat dah. kekehkeh.

Untuk yang berniat nak hilangkan parut, make sure muka dah bebas dari apa jua masalah. Maksudnya muka dah tak naik langsung jerawat atau apa2 masalah dah settle.
Note: Rawatan parut akan dilakukan hanya setelah jerawat dapat dikawal dgn sempurna.
DrH

Assalamualaikum :)